asSalamuaLa!Kum..juz koL me miRa jew...stiLL studnt g..sajew mau kngsi2 ckit cTer lam mY bloG nyh...kowd2 ad iktibar taw pandUan k lam ctr mirA nyh..aminn....insyaLLah,kTa kngsi sma2 noh ctr nyh..juz enJoy...^^

Jumaat, 11 November 2011

kEbAikAN MENANGiS

Posted by ˙˙::ɐɹ‾ǝıɯ::˙˙ at 10:26 PTG
Reactions: 
0 comments

siapa kat sini suka menangis ?
siapa kata menangis tu tak berguna ? setiap yang dicipta oleh tuhan ada kelebihannya tahu ! 
jom kita tengok apa kelebihan menangis ! 

 

membantu penglihatan
air mata ternyata membantu penglihatan seseorang , jadi bukan hanya mata itu sendiri .. cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur ..

membunuh bakteria
tak perlu ubat titis mata , cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi .. di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer , pegangan tangga dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria , hanya dalam 5 minit ..

meningkatkan mood
seseorang yang menangis boleh menurunkan level tekanan dan mengembalikan mood yang lebih baik .

mengeluarkan racun
seorang ahli biokimia , William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun .. tapi jangan salah faham , keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata ..
mengurangkan stress
bagaimana menangis boleh mengurangkan stress ? air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin . selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi .

mengeratkan hubungan silaturahim
selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan silaturrahim . biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan rakan-rakannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan , dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial ..

melegakan perasaan
semua orang rasanya akan berasa demikian . walaupun telah menghadapi pelbagai masalah dan cubaan , namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega ..

 


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
 

! ! ∩Ɯ∀ʞ ᴎ∀p ∀ıp '∩ʞ∀ ! ! Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea