asSalamuaLa!Kum..juz koL me miRa jew...stiLL studnt g..sajew mau kngsi2 ckit cTer lam mY bloG nyh...kowd2 ad iktibar taw pandUan k lam ctr mirA nyh..aminn....insyaLLah,kTa kngsi sma2 noh ctr nyh..juz enJoy...^^

Jumaat, 30 November 2012

BFF ?

Posted by ˙˙::ɐɹ‾ǝıɯ::˙˙ at 6:22 PTG 0 comments

Maaf atas kelewatan mengupdate blog berhantu ini .. huu
takpelah , yang penting , aku sayang blog ni . tehee ~
okey dah , tu jee aku nak cakap ..
 kbai ~

ehtaktak , aku nak cakap macam ni sebenarnya ..
hai selamat malam .. sudah tidur kah ? sebelum aku atau korang masuk tidur , meh layan video ni dulu ..
Sahabat Selamanya .. dan ianya pasal KAWAN ... (,-_-,)


 bagi aku,
kawan baik @ bff bukan kita yang tentukan .. semuanya terjadi sendiri .. bukan kita yang tiba-tiba macam " eh , aku dengan dia bff tauu .. " padahal baru je kenal seminggu . bff lah sangatt ~
dan
kalau betul dia kawan kita dunia akhirat , dia akan tetap disisi kita walau apapun yang terjadi ..

ouh ye , lagi satu aku nak tunjuk foto ni .. it's just awesome ! =)
i am seriously in love with yOu all .. 
rindu sama kAmOo niEyh~
ni antara kengkwan yg baek ngan mira . . =)


Isnin, 12 November 2012

lElAki hOihOi

Posted by ˙˙::ɐɹ‾ǝıɯ::˙˙ at 10:13 PG 0 comments




1
lelaki bukan boleh diramal .. dia baik depan kau .. dia puji kau setinggi langit .. tapi semuanya tamat kat situ je ..

bila dia jumpa kawan-kawan dia .. dia kutuk kau balik ...

2
lelaki nak perempuan lebih daripada satu .. tak cukup dengan awek .. nak tambah jadi aweksss ..

tak cukup dengan awek .. nak tambah skandal .. ada skandal , baru hot syial .. hothotak kau:)

dem , aku memang pantang bila orang dah berawek ni tapi still lagi gatal-gatal nak usha perempuan lain .. aku kesian dengan kaum aku sendiri tahuu ..

dan

tahukah korang bahawa lelaki akan di pandang "eeeuww" pada yang duk buat bunyi suwitsuwit ( bunyi macam tikus .. oh , mungkin bunyi sotong .. ohyaya , mungkin juga ba*i ) tu .. ouh , lainlah kalau perempuan yang sukakan perhatian . maybe dia suka bunyi itu .. upss !

Beauty-brown-brown-hair-cutes-naturally-cutest-things-favim.com-218074_large

 yeah , aku tahu bukan semua lelaki macam kat atas tuh .. chill ~~


PENSil dAN PEMAdAM

Posted by ˙˙::ɐɹ‾ǝıɯ::˙˙ at 10:08 PG 0 comments


Tumblr_lsessk7mbu1qb6n1oo1_500_large


Pensil : Saya minta maaf ..

Pemadam : Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah .. 

Pensil : Saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya . Setiap kali saya membuat kesilapan , awak sentiasa ada untuk saya .. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada .. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak . Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali disebabkan kesilapan saya.

Pemadam : Itu betul .. Tetapi saya tidak kisah . Awak lihat , saya telah dilahirkan untuk melakukan tugas ini . Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan , walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru . Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya . Saya tidak suka melihat awak sedih , dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir ..

Tumblr_lotuws0dp71qm9lhvo1_400_large


Jumaat, 9 November 2012

i jUSt WANt tO GEt OUt Of hERE

Posted by ˙˙::ɐɹ‾ǝıɯ::˙˙ at 3:30 PG 0 comments

 


Aku rasa kan , aku rasa kan , aku rasa kan ,..
aku nak berehat kejap lar dari dunia "bloghost" ni ... ceewahh ~!
:face34:
sebab aku rasa macam aku dah jadi faker dalam diri sendiri .  faham ?
dan faker pastinya dibenci masyarakat . believe me . you should .
the A will never become B . dan sebaliknya .. 

 aku nak tulis , tapi aku tak reti .
aku nak komen , tapi aku takut .  
aku nak tipu , tapi aku tak pandai . 
aku nak publish , tapi aku tak pasti . 
aku nak blogwalking , tapi aku malas . 

ahh benci . rasa kusut gilaa sekarang .. rasa macam banyak benda nak kena buat ,.. tapi aku tataO apa aku nak buat .. errr ~ mungkin aku akan start dari ABC sampai Z sampai dah la banyak pulak aku taip baik aku tidur . doakan tidur aku boleh bangun semula . 
Assalamualaikum .. 
:face57:

Khamis, 8 November 2012

ANdA di MAtA ORANG lAiN

Posted by ˙˙::ɐɹ‾ǝıɯ::˙˙ at 10:21 PTG 0 comments



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

 sumber : 


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
 

! ! ∩Ɯ∀ʞ ᴎ∀p ∀ıp '∩ʞ∀ ! ! Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea