asSalamuaLa!Kum..juz koL me miRa jew...stiLL studnt g..sajew mau kngsi2 ckit cTer lam mY bloG nyh...kowd2 ad iktibar taw pandUan k lam ctr mirA nyh..aminn....insyaLLah,kTa kngsi sma2 noh ctr nyh..juz enJoy...^^

Khamis, 24 Februari 2011

CERitA SEdEYh NEYh ~

Posted by ˙˙::ɐɹ‾ǝıɯ::˙˙ at 9:21 PG
 Salam .. 

" Abang ni , pakai tu elOk-elOk la sikit , " kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad . Ahmad tersenyum memandang isterinya .
" Cantik isteri abang hari ni , " Ahmad mencubit pipi Julia lembut .
" Ayah ! Ayah ! Cepat la Yah , " Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertOlak pulang ke kampung .
" Yelah , yelah . Ayah dah siap ni . "
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang cOmel dan manja .
" Abang , dah lama kita tak balik kampung macam ni , ye ? "
" Iyelah , maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan . Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang . " Ahmad berkata kepada isterinya yang tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam . Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang . Begitu juga dengan isterinya , Julia . " Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung , " Ahmad berkata dalam hati .
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya . Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin serOnOk . Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya . Pedal minyak ditekannya lagi dan HOnda Civicnya mula memecut . Ahmad cilOk kiri , cilOk kanan . Habis semua kenderaan dipOtOngnya . Bangga betul Ahmad masa tu . Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur .
" Eh abang , kenapa bawa laju sangat ni ? " Tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya .
" Tak ada apa la sayang , rileks .. cepat sikit kita sampai kampung nanti . "
" Sabar bang , sabar . Biar lambat tak apa ... jangan laju sangat bang , Julia takut . " Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya .
" Rileks sayang , tak ada apa-apa , " Ahmad terus memOtOng bas ekspress didepannya tanpa was-was .
" Haaa .. kan , tengOk . Tak ada apa-apa kan ? " kata Ahmad setelah berjaya memOtOng bas ekspres tadi .
" Sudah la tu bang . "
" Ha . . tu ada satu lagi bas ekspres . Julia tengOk abang mOtOng dia aaa .. " Ahmad terus masuk gear 3 , pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai . Ahmad terus membelOk ke kanan untuk memOtOng dan .. di depannya tersergam sebuah lOri balak yang besar dan gagah dan ...... BANG ! !
" Julia .. bangun nak , " sayup-sayup terdengar suara emaknya .
Julia membuka matanya . Dia terlihat emaknya di situ ." Mana abang Ahmad mak ? Macammana dengan suami saya , mak ? Liza , Linda . ? Mana anak-anak saya mak ? " Bertubi-tubi Julia menyOal emaknya . Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi . Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya . Emaknya memandang Julia tepat-tepat .
" Macamana dengan suami Julia mak , abang Ahmad ? " Julia masih terus menangis .
PANGGG !! Kepala Julia ditampar Oleh emaknya dengan tiba-tiba . Julia terdiam . Kenapa emaknya buat dia macam tu ?
" Banyak la engkau punya suami ! Muka dahlah tak cun , belajar pun malas , kerja pun takde , ada hati nak berlaki . Apa punya anak dara la kau ni ? ? Tu la , tidur lagi senja-senja macam ni !
Dah ! Bangun pegi sembahyang ! Asar pun dah nak habis ! " emaknya terus merungut sambil berlalu keluar ...... dan Julia tersengih keseOrangan . Rasa macam nak masuk dalam tin biskut !



0 comments:

Catat Ulasan


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
 

! ! ∩Ɯ∀ʞ ᴎ∀p ∀ıp '∩ʞ∀ ! ! Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea